Kedah2U.com

Monday, November 13, 2006

Pancutan Pramatang

Balik ke Kedah2U.com

Apa Itu Pancutan Pramatang ?
Gejala ini juga dikenali sebagai Cepat Muntah , Short Distance atau Cepat Layu. Kata David Strovny, seorang pakar terapi seksual terkenal dari USA "Kegagalan untuk memberikan kepuasan seksual kepada isteri adalah situasi paling memalukan bagi kita sebagai seorang suami yang dianggap gagah oleh isteri tersayang. Itulah hakikat yang tidak boleh disangkal sama sekali. Sekaligus menyebabkan berbagai cara dilakukan oleh si suami agar perkara berkenaan tidak dialaminya"

Mengikut terjemahan klinikal, Pancutan Pramatang adalah pengeluaran mani sebelum atau sejurus selepas kemasukan, atau dikenali sebagai Ejakulasi Dini (belum berdayung kapal dah pecah...). Masalah pancutan pramatang selain masalah impotensi (mati pucuk), sesungguhnya merupakan perkara paling ditakuti oleh setiap kaum lelaki, terutama mereka yang telah pun beristeri. Namun jika anda mengalami masalah seumpama ini, kami sedia membantu, kerana kami ada cara mudah dan berkesan untuk mengatasinya.

4 Sebab Utama Pancutan Pramatang

Sensitiviti
Sensitivity yang melampau pada kepala zakar anda yang menyebabkan mekanisma pancutan di dalam badan anda menghasilkan kekejangan. Kekejangan ini menyebabkan keinginan yang melampau untuk pancutan. Pada ketika ini pancutan tidak dapat dihalang lagi.
Kawalan Perasaan
Perasaan anda yang terlalu menginginkan kepuasan semasa bersama. Keinginannya terlalu melampau hinggakan anda merasakan seakan-akan tiada cara yang boleh menghalangnya daripada berlaku.
Tahap Berahi
Keberahian yang Terlalu Tinggi disebabkan oleh kelenjar seks yang terlalu aktif. Hormon mengawal ksemua bahagian seksual anda. Daripada keberahian hinggalah ke pancutan. Apabila anda merasa berahi, kelenjar seks dengan pantas akan mengepam hormon ke saluran darah anda.
Tahap Hormon
Pancutan pramatang berlaku apabila tahap hormon seks anda menjadi terlalu tinggi. Hormon anda menjadi tidak seimbang dan anda TIDAK AKAN dapat mengawal pancutan anda.


Masalah Pengguna : Cepat klimaks, kecewakan isteri
Saya berusia 37 tahun dan sudah 16 tahun berkahwin. Masalahnya zakar saya sudah tidak semantap dulu setiap kali mengadakan persetubuhan dengan isteri. Saya kerap mencapai klimaks terlebih dulu daripada isteri dan membuatkan dia kecewa. Malah, hubungan saya bersama isteri tidak semesra dulu berikutan masalah ini - ZMAN Kuantan, Pahang.

JIKA ketegangan padat, zakar akan berada dalam keadaan mantap dan kekal untuk bergerak tanpa hilang kawalan. Sehubungan itu, ejakulasi dapat dikawal sehingga kedua-dua pasangan puas. Jika ketegangan kurang padat, ia tidak dapat dikekalkan malah akan mengendur jika kurang rangsangan. Jika dalam keadaan begitu terpaksa digesel luar kawalan dan mudah hilang daya kawalan, maka akan cepat klimaks.

Dalam memadatkan ketegangan, otot kemut (otot lantai pelvis) memainkan peranan penting. Jika otot berkenaan dicengkam ketika zakar menegang, maka ketegangan akan menjadi lebih padat dan kental. Jika dimasukkan dalam faraj dan gerakan dilakukan dengan mengemut, maka geselan menjadi lebih bersemangat dan ketegangan zakar tidak akan mengendur kerana kemutan tadi dapat mengelakkan pengaliran keluar darah dan ia akan kekal sehingga lelaki itu klimaks. Malah selepas klimaks, ketegangan masih ada walaupun tahapnya kurang, tetapi masih boleh digerakkan lagi ke faraj.

Pengunaan Wild.S ternyata amat berkesan bagi mengembalikan kekuatan otot-otot zakar dan mengembalikan ketegangan yang mantap dengan cara penggunaan yang berdisiplin.Manakala Stud pula amat berkesan bagi mencegah pancutan pramatang tanpa mendatangkan kesan sampingan.

Seterusnya amalkan gaya hidup positif seperti tidak merokok, elak minum minuman keras, lakukan senaman berkala, jaga berat badan dan kurangkan tekanan. Pengambilan ulam-ulaman juga membantu menjaga kesihatan badan secara menyeluruh. Dan yang paling mujarab, perbanyakkan amalan sunat seperti qiamullail (berjaga malam) dengan solat sunat tahajjud dan solat sunat tasbih bagi memelihara kekuatan badan.

Balik ke Kedah2U.com